Biologi

Rantai Makanan

Rantai makanan ialah hubungan makanan antara spesies dalam satu ekosistem atau tempat tinggal.
Siratan makanan pula ialah gabungan beberapa rantai makanan. Ini kerana jarang sekali sesuatu sumber makanan dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja.

Semua rantai makanan bermula dengan autotrof, sama ada tumbuhan ataupun mikroorganisma.

1.Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk:

(a)rantai makanan.
(b)siratan makanan.
2.Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear.
3.Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan.
4.Contoh rantai makanan :








      5.Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar iaitu tumbuhan yang menghasilkan makanan secara fotosintesis.
      6. Tenaga berasal daripada Matahari.
      7.Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
      8.Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer.Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
      9.Pengguna yang memakan penggunaprimer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.
      10.Tenaga dipindahkan di sepanjang  rantai makanan.
      11.Dalam kehidupan sebenar, hubungan  yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan.


      SIAPA MAKAN SIAPA?
      •  Herbivores – haiwan makan tumbuhan
      •  Carnivores – haiwan makan haiwan lain
      •  Omnivores – haiwan makan haiwan dan tumbuhan


      PERKAITAN
      • Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.
      • Dalam rantai makanan, tumbuhan disebut pengeluar dan haiwan sebagai pengguna.
      • Siratan makanan merupakan gabungan dua atau lebih rantai makanan.
      • Perubahan jumlah hidupan dalam satu rantai makanan akan memberi kesan kepada jumlah hidupan lain dalam rantai makanan tersebut.



      Video Mengenai Rantai Makanan





      Latihan-Latihan Mengenai Rantai Makanan




      Latihan-latihan Mengenai Siratan Makanan