Kimia

Jirim

  1. Semua bahan sama ada pepejal, cecair ,atau gas merupakan jirim.
  2. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  3. Jirim boleh wujud sebagai unsur atau sebatian .
  4. Unsur ialah bahan kimia yang paling ringkas  yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas secara kimia .
  5. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya mungkin ialah atom atau molekul. 
  6. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu secara kimia .
  7. Zarah dalam sebatian mungkin ialah molekul atau ion.
  8. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.
  9. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia.
  10. Ion ialah zarah yang sama ada terdiri daripada satu atau beberapa atom yang bercas.


Video Mengenai Jirim








Perubahan Keadaan Jirim Dengan Perubahan Haba